Perwakilan Tetap Malaysia Gesa WTO Main Peranan Penting Tangani Cabaran Perdagangan Global

11e993e88bd33df5518363fe47c35b2a67d5403b965d4Syahril Syazli Ghazali

KUALA LUMPUR, 15 Mac(Iteenews) — Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menggesakan agensi itu memainkan peranan penting dan “menunjukkan keupayaan dan kesediaannya” untuk menanganicabaran perdagangan global yang boleh membawa kepada perang perdagangan.

Perwakilan Tetap Malaysia itu menerusi satu kenyataan berkatasebagai salah satuanggotapengasas, Malaysia akan terus mengadakan perbincangan membina dengan anggotalainuntuk mengukuhdan mendukungsistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan.

Sementara itu, memetik statistik WTO, Wakil Tetap Malaysia ke WTO, Duta Besar Syahril Syazli Ghazali, menyatakan perdagangan perkhidmatan global mencatatkan peningkatan kukuh 10 peratuspada suku ketiga 2024, berdasarkan pertumbuhan kukuh pada separuh pertama tahun itu.

Beliau berkata peningkatan dalam eksport perkhidmatan dan pertumbuhan import di seluruh rantau mencerminkan permintaan tinggi terhadapperkhidmatan pelbagai.

"Secara khusus, pada suku ketiga 2024, pengangkutan mencatatkanpeningkatan 14 peratus, perbelanjaan pengembara antarabangsa diekonomi asing meningkat sebanyak 10 peratus dan perkhidmatan komersial lain (menyumbang kira-kira 60 peratus daripada jumlah perdagangan perkhidmatan) berkembang sebanyak lapan peratus.

"Saya menggesa para anggota untuk memperhebatkan libat urusdalam menangani isu tertunggak, serta meneroka fleksibiliti untuk mencapai keberhasilanberpotensi bagi Persidangan Menteri di Younde, Cameroon yang akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian menerusikenyataan yang dikeluarkan sempena mesyuarat pertama Majlis Perdagangan Dalam Perkhidmatan (CTS) tahun ini yang diadakan pada Khamis di Geneva, Switzerland.

Ini merupakanmesyuarat terakhir Syahril Syazli sebagai pengerusi, dan beliau secara rasmi menyerahkan jawatan tersebutkepada Wakil Tetap Nepal ke WTO, Duta Besar Ram Prasad Subedi.

Mesyuarat CTS membincangkan dan menangani hasil utama yang dicapai semasaPersidangan Menteri-Menteri WTO ke-13 (MC13) di Abu Dhabi tahun lepas.