Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 10 Nov(Iteenews) — Ibu kotaPeru, Lima bersiap sedia dengan kawalan keselamatan yang ketat untuk menganjurkan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC(AELW) ketiga, acara penting yang menekankan peranannya sebagai pengerusi forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun iniuntuk meliberalisasikan lagi perdagangan dalam kalangan ekonomi serantau.
Sebuahnegara yang terletak dibarat Amerika Selatan, bersempadan denganEcuador dan Colombia di utara dan Brazil di timur, pernah menjadi tuan rumah untuk AELWsebelum ini pada 2016 dan 2008.
Bertemakan “Empower. Include. Grow.”, AELWke-31 bermula dengan Mesyuarat Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC)yang keempat pada 10 Nov, diikuti dengan penutupanMesyuarat Pegawai Kanan dan Mesyuarat Peringkat Menteri.
Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif dijadualkan pada 14 hingga 15 Nov, Dialog Pemimpin Ekonomi APEC dengan ABAC dan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC pada 16 Nov, yang akan dipengerusikan oleh Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra.
Peru dijangka mengetuai pemimpin APEC dalam menerima pakai Pelan Induk Lima 2024 untuk Menggalakkan Peralihan kepada Ekonomi Formal dan Global dan Kenyataan Ichma mengenai Pandangan Baharu untuk memajukan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), menggariskan komitmen rantau ini dalam menangani cabaran global dan memacu Visi Putrajaya APEC 2040.
Mesyuarat itu,yang menghimpunkan pemimpin dari21 ekonomi anggotadari seluruh rantau Asia Pasifik,akan menjadi detik penting bagi Peru berikutan ia mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam diplomasi ekonomi global.
Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, yang berada dalambulan-bulan terakhir sebagai presiden sebelum menyerahkan Pejabat Oval kepada Donald Trump yang memenangi pilihan raya presiden AS, antara pemimpin utama yang dijangka hadir di AELWdi sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengetuai delegasi Malaysia, dijangka tiba di sini pada 12 Nov. Beliau akan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.