Pertumbuhan Pembayaran Digital Di Asia Tenggara Adalah Pencetus Perubahan – Ant International

fcb260bc85c2b3c2f4d29317e7294f9e66a9d1831e03a

Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid

SINGAPURA, 6 Nov (Iteenews) –Ekosistem pembayaran digital di Asia Tenggara sedang berkembang pesat, menggabungkan pendekatan inovatif dan mewujudkan peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Ia merupakan pencetus perubahan kepada pengguna dan peniaga, kata syarikat perkhidmatan digital antarabangsa, Ant International.

Presidennya Douglas Feagin berkata Asia Tenggara telah mencapai kemajuan luar biasa dalam tempoh lima hingga tujuh tahun lepas, pembayaran digital sudah menghampiri menjadi kebiasaan bagi menjalankan urus niaga di China.

"Pembayaran digital kini digunakan secara meluas bukan bagi beberapa negara sahaja,” katanyapada sesi panel ‘Defining the New Commerce across Borders: Cross-Border Payments and How it Benefits the Local and Regional Economy’ diSingapore FinTech Festival 2024.

Sebagai sebuah syarikat perkhidmatan digital yang berpangkalan di Singapura, Ant International menawarkan perkhidmatan kewangan dan pembayaran kepada perniagaan dan komuniti di seluruh dunia.

Bagi peniaga pula, Feagin berkata objektif utamanya adalah untuk menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan jumlah transaksi.

Pembayaran digital membantu peniaga mencapai matlamat ini, pada masa sama membolehkan mereka menawarkan lebih daripada sekadar pemprosesan pembayaran asas.

Melalui platform digital, Feagin menekankan bahawa peniaga boleh menyediakan pelanggan dengan produk dan perkhidmatan baharu yang boleh diakses walaupun mereka melancong ke luar negara.