Pertumbuhan Ekonomi Suku Kedua Atasi Jangkaan, Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Potensi Negara

279ba019c9e053be341ad527fd4ff48b66c04b4942112Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (kiri) bercakap pada forum \’Ask Minister Anything\’ sempena Program MADANI Rakyat Zon Selatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini.

JOHOR BAHRU,17 Ogos (Iteenews) — Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua yang mencatatkan 5.9 peratus dan mengatasi jangkaanitu, mencerminkan keyakinan pelaburluar terhadap potensi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata ini sekali gus menunjukkan dasardan naratif pertumbuhan ekonomi yang diperkenalkan di seluruh dunia selama ini diterima baik.

Justeru, katanya kerajaan perlu meneruskan momentum pertumbuhan tersebut dengan mempergiatkan lagi usaha menarik pelabur seterusnya mengekalkan keyakinan dan pandangan positif antarabangsa kepada pasaran Malaysia.

“Oleh itu, cabarannya sekarang dan yang diberi tumpuan oleh kerajaan ialah memastikan bukan sahaja naratif dan dasar itu menarik untuk pelaburan dan pertumbuhan tetapi juga menterjemahkan(pelaburan) itudengan segera serta menyediakan semua yang diperlukan. Itu perlu dibuat dengan segera dan teratur.

“(Kemudian) barulah momentum (pertumbuhan) itu dapat diteruskan. Jika ini berlaku, kita akan terus dilihat sebagai destinasi pelaburan yang baik di rantau ini dan di dunia,”katanyakepada pemberita selepas sesi 'Ask Minister Anything bersama Menteri Ekonomi' sempena Program MADANI Rakyat Zon Selatan 2024 di Dataran UTMdi sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengumuman kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua yang melebihi unjuran awal 5.8 peratus semalam.

Sebagai antara strategi untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi yang positif, Rafizi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Kerangka Memudah Cara Perniagaan, yang turut menyentuh mengenaikecekapan khidmat kerajaan dalam memudahkan perniagaan.

Beliau berkata kementeriannya mengambil masa setahun untuk menyiapkan kerangka tersebut yang kini berada di peringkat akhir.

Anwar dijangka melancarkan kerangka itu pada 4 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *