Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Berdaya Tahan Pada 2025 — RHB IB

e1832e3c5debf386eef655267b0e182067e2a9d4027fd

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Iteenews) –Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahantahun inidisokong oleh kemajuan berterusan dalam projek jangka panjang, peningkatan pendapatan isi rumahdan keadaan monetari global yang mereda, kata RHB Investment Bank (RHB IB).

Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan hari ini berkata, pihaknyakekal optimismengenai landskap ekonomi dan mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada5.0 peratus untuk 2025 berbanding julat yang diunjurkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu 4.5 hingga 5.5 peratus.

"Penggunaan swasta dijangka mendapat manfaat daripada keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, peningkatan gaji minimum bulanan dan pelarasangaji untuk penjawat awam.

"Aktiviti pelaburan dijangka dirangsangkanoleh pembangunan berterusan projek jangka panjang selaindasar serta insentif mesra perniagaan yang menyasarkan sektor-sektor utama seperti teknologi, pelancongan, dan industri yang berorientasikan eksport," katanya.

RHB IB berkata inisiatif di bawah rangka kerja Ekonomi MADANItermasuk pelan kritikal seperti PelanHala TujuPeralihan Tenaga Negaradan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, dijangka merangsang pelaburan jangka sederhana.

Namun begitu, ia menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan impak negatif yang berpotensi menjejaskan prospek sektor perdagangan dan pembuatan Malaysia susulanpeningkatan perlindungandan kemungkinan peningkatan ketegangan perdagangan dalam kalanganekonomi utama.

Prospek eksport dibayangi oleh ketidaktentuan yang melibatkan dasar tarif sertakesan seterusnya terhadap rantaian bekalan global dan inflasi, katanya.

"Keyakinanutama kami iaitu ekonomi Malaysia secararelatifnya kekal tidak terjejas oleh kesanlangsung dasar perlindunganperdagangan Amerika Syarikat (AS) berikutanMalaysia bukan sasaran utama untuk tarif AS.

"Kami lebih bimbang mengenai potensi kesan limpahanpermintaan yang lebih perlahan daripada rakan dagangMalaysiakhususnya China dan AS, jikaketegangan perdagangan meningkat," jelasnya.