Pertumbuhan Ekonomi Kukuh Cerminan Kejayaan Bersama – PM Anwar

d1c3ea8d1b8cc4f159983c68cb06e83967774893025dbPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari Tahun 2025 dan Amanat Tahun Baharu 2025 di Puspanitapuri hari ini.

PUTRAJAYA, 3 Jan (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur atas pencapaian ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan memberangsangkan setakat ini, hasil usaha bersama pasukan kepimpinan dan penjawat awam di semua peringkat.

Beliau berkata kejayaan ini mencerminkan ketekunan dan pengorbanan semua pihak, daripada pengurusan tertinggi hingga petugas di lapangan.

“Kita mesti iktiraf jasa semua, termasuk mereka di sempadan, di perbatasan dan juga petugas tidak beruniform. Inilah kejayaan bersama, bukan hanya milik satu pihak,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi danKetua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Berdasarkan prestasi memberangsangkan pada 2024, ahli ekonomidilaporkan menjangka ekonomi Malaysia akan terus berkembang positif pada 2025, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur mencecah sehingga 6.0 peratus.

Perdana menteri baru-baru ini berkata KDNK Malaysia berada di landasan yang betul untuk berkembang antara 4.8 peratus dan 5.3 peratus, didorongoleh peningkatan perbelanjaan isi rumah.

KDNK Malaysia meningkat 4.2 peratus, 5.9 peratus dan 5.3 peratus masing-masing pada suku pertama, kedua dan ketiga 2024, menjadikan pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama tahun lepassebanyak 5.2 peratus, meningkat daripada 3.8 peratus dalam tempoh yang sama pada 2023.

Angka bagisuku keempat dan keseluruhan 2024 dijadualdiumumkanpada 14 Feb nanti.

Anwar seterusnya menekankan kepentingan mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan penjawat awam, dengan menyifatkan perubahan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagai langkah penting ke arah keadilan ekonomi.