Pertemuan Dengan Syarikat Terkemuka Di Shanghai Peluang Malaysia Tarik Pelaburan Berkualiti – PM Anwar

a67f7d58d44d064fcfd01d46d4ab5ce7672b829a296e5 Kredit: X@anwaribrahim a7417c8b8a161897398a272fbb7031ab672b82b0da872 Kredit: X@anwaribrahim c52ff9f04d083a11858d742b75604017672b82c7699c1 Kredit: X@anwaribrahim 74c1df88f00cb0d0601a7162b1728c5e672b82d9416a0 Kredit: X@anwaribrahim

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam rangka lawatan di China, sempat mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan satu demi satu dengan empat syarikat terkemuka di Shanghai, sebelum meneruskan lawatan ke Beijing, hari ini.

Perdana Menteri menerusi catatan di laman X berkata sesi bermula dengan pertemuan bersama delegasi Bank of China yang diketuai pengerusinya, Ge Haijiao.

"Perbincangan kami terkait peluang untuk mengukuhkan kerjasama kewangan Malaysia-China, antaranya mengenai penyelesaian perdagangan mata wang tempatan.

"Ia disusuli dengan delegasi syarikat petrokimia SINOCHEM, diketuai Pengurus Besar Liu Chun, yang menyatakan hasrat mengimport bahan kimia bagi pembuatan produk penjagaan diri, kosmetik dan seumpamanya, selaras keupayaan Malaysia yang mempunyai rangkaian pengilang dan pembekal yang kukuh, terutamanya dalam bidang petrokimia," katanya.

Beliau berkata pertemuan seterusnya adalah dengan SICC Co. Ltdiaitu syarikat yang menerajui industri semikonduktor di China yang turut menyatakan hasrat memperluaskan pasarannya di Asia Tenggara.

Selain itu, beliau dan delegasi mengadakan pertemuandengan syarikat SEMCORP, pengeluar filem pemisah litium-ion terbesar di dunia yang mahu meneroka peluang melalui penubuhan hab bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam komponen kenderaan elektrik di rantau ini.

"Alhamdulillah, siri perbincangan ini menggambarkan daya tarikan Malaysia yang semakin meningkat sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif, dan Kerajaan MADANI mahu terus menarik pelaburan berkualiti, sekali gus mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi,” katanya.

Inimerupakan lawatan sulung Anwar ke Shanghai dan ia merupakan lawatan ketigaperdana menteri ke China.

Perdana Menteri melakukan lawatan sulung beliau ke negara itu pada Mac 2023, diikuti pada September tahun yang sama.