KUALA LUMPUR, 11 Nov (Iteenews) — Pertama Digital Bhd (Pertama Digital) berjaya menyelesaikan kerja-kerja penyepaduanyang menggabungkanMyDigital ID ke dalam produk utamanya.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkatamenerusi anak syarikatnyaDapat Vista (M) Sdn Bhd, ia telah menggabungkanMyDigital ID ke dalaminisiatifeJamin, Kocek dan MyPay yang mengukuhkan lagi komitmennya untuk menyokong usaha transformasi digital kerajaan Malaysia.
“Penyepaduan strategik ini membuka ruangbagi mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat, mudah diakses dan berkesan bagi rakyat Malaysia,” katanya.
Menurut syarikat itu, penyepaduandenganMyDigital ID melangkauiteknologi, menggambarkan komitmen Pertama Digital untuk menjadikan perkhidmatan digital mudah diakses, selamat dan praktikal untuk rakyat Malaysia.
Pengarah Eksekutif kumpulanSabri Ab Rahman berkata penyepaduan denganMyDigital adalah satu pencapaian penting dalam usahasyarikat untuk mewujudkan penyelesaian inovatif digital bagi memenuhi keperluan orang ramai.
“Dengan penyepaduan MyDigital ID ke dalam platform sedia ada, kami menyediakan satu identiti digital yang selamat dan memperkemaskan akses kepada perkhidmatan penting untuk rakyat.
“Kerjasama dengan kerajaan Malaysia akan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan digital dan memudahkan rakyat Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan asas, memperkasakan cara melayari kehidupan digital dengan yakin,” katanya.
Justeru, Pertama Digital komited untuk terus meningkatkan penyelesaian digital bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang semakin berkembang.
Beliau berkata, syarikat itu merancang untuk menambah produk yang ditawarkan, mewujudkan kerjasama baharu dan meningkatkan kemampuan semua platformnya.