Permukiman SOCA Berlangsung Di Desaru, Johor Hari Ini

KOTA TINGGI, 4 Mac (Iteenews) — Mesyuarat Permukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA) sedang berlangsung di Desaru hari ini, dengan tumpuan kepada pengesahan Strategi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) yang dijadualkan untuk diterima pakai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Mei 2025.

Mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Agung Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Roslan Abdul Rahman itu diadakan bersempenaKepengerusian ASEAN-Malaysiatahun ini.

Kesemua 10 negara anggota ASEAN akan hadir pada permukiman ini kecuali Vietnam, yang akan menghadiri secara maya.

Selain itu, permukiman itu juga akan mengkaji semula Kajian Akhir Pelan Tindakan ASCC 2025 dan membincangkan keutamaan, hasil dan aktiviti Kepengerusian ASEAN-Malaysia bagi ASCC.

Bersama dengan terasKomuniti Keselamatan Politik ASEAN (ASPC) dan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), ASCC memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju ASCC untuk 20 tahun akan datang dengan arah yang berani, inklusif dan berfokuskan masa depan yang terkandung dalam Visi Komuniti ASEAN (ACV) 2045.

Malaysia secara rasmi memegang peranan sebagai Pengerusi ASEAN2025 bermula 1 Jan lepas, menandakan kepegerusian buat kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.

Lebih daripada 300 mesyuarat dan program besar dijadualkanberlangsung di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Malaysia sebelum ini memegang Kepengerusian ASEAN pada 1977, 1997, 2005, dan 2015.

— BERNAMA