Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka Mulai Ahad Ini

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Iteenews) –Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)2024, dibuka bermula 1 Disini hingga 28 Feb2025.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan fasa duadan proses pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.

Menurut kenyataan itu, permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawanghttps://matrikulasi.moe.gov.my. Keputusan permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusilaman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024diumumkan.

"Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM," menurut kenyataan itu.

— BERNAMA