Permohonan Malaysia Sertai BRICS Dapat Sokongan Padu Anggotanya, Termasuk India, China – PM

dd5ec1ad71890b171d26f7162b244050671ddb2600934Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kanan) menyampaikan geran Sejati MADANI kepada penerima pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Padang Rengas di Arena Square Pekan Isnin.Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (dua, kanan).– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA KANGSAR, 27 Okt (Iteenews) –Permohonan Malaysia untuk menjadi anggota BRICS mendapat sokongan padu daripada kalangan anggotanyatermasuk Rusia, China dan India semasa mesyuaratlapan negara asasBRICS.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dikongsi oleh Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali dalam pertemuan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.

“Beliau (Abiy) kata dalam mesyuarat lapan negara asas itu yang dipengerusikan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin,(yang turut)dihadiri Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri India Narendra Modi, negara pertama yang diusulkan ialahMalaysia.

“Putin cadang, sokongan kuat dan padu oleh negara China, India, Brazil, Ethiopia dan Afrika Selatan…terus tiada soal, mereka terima Malaysia sebagai anggota BRICS yang baharu, ada negara-negara lain yang ditangguhkan,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Padang Rengas di Dataran Arena Square Pekan Isnin, Padang Rengas di sini, Ahad.

Anwar berkataAbiy turut memberitahu bahawa imej Malaysia sangat baik kerana daripada lebih 30 negara yang memohon untuk menyertai BRICS, Malaysia ialah antara yang berjaya menyertai blok itu.

Khamis lepas, Iteenews melaporkan Malaysia kini diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS, sebuah blok yang secara kolektif menyumbang satu per lima kepada perdagangan global.

Memetik kemas kini oleh @BRICSInfo menerusi platform media sosial X, blok itu secara rasmi menambah 13 negara baharu kepada pakatan itu sebagai negara rakan, walaupun belum lagi sebagai ahli penuh.

Selain Malaysia, 12 negara lain adalah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Sebagai rekod, pada 28 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Malaysia telah mengemukakan permohonan kepada Rusia untuk menyertai pertubuhan antara kerajaan BRICS.