Permintaan Kargo Udara, Penumpang Global Naik Lebih Lapan Peratus Pada November 2024 — IATA

6dcb4c2e0d34797d9887ef395b56a6b363bc0df1de11d

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Iteenews) –Pasaran kargo udara global menyaksikan pertumbuhan permintaan yang kukuh pada November 2024dengan jumlah kargo tan bagi setiap kilometermeningkat sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurutPersatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ini menandakan pertumbuhan bulan ke-16 berturut-turut,katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut IATA, kapasiti, diukur dalam kargo yang tersedia tan bagi setiap kilometer, meningkat sebanyak 4.6 peratus berbanding November 2023.

Sementara itu, Ketua Pengarahnya, Willie Walsh berkata setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.

"Walaupun prestasi kukuh ini sangat berkemungkinan berterusan sehingga 2025, terdapat beberapa risiko negatif yang perlu dipantau dengan teliti. Ini termasuk inflasi, ketidakpastian geopolitik dan ketegangan perdagangan," beliau memberi amaran.

Dalam pada itu, IATA berkata jumlah permintaan penumpang global, diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer, meningkat sebanyak 8.1 peratus pada November 2024 berbanding bulan yang sama pada 2023.

Katanya, jumlah kapasiti, diukur dalam tempat duduk yang tersedia bagi setiap kilometer, meningkat sebanyak 5.7 peratus tahun ke tahun manakala faktor beban pada November sebanyak83.4 peratus, meningkat 1.9 mata peratusanberbanding tahun sebelumnya.

Menurut IATApermintaan antarabangsa meningkat sebanyak 11.6 peratus berbanding November 2023 serta kapasiti meningkat 8.6 peratus tahun ke tahundan faktor beban meningkat 2.3 mata peratusankepada 83.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Sementara itu, permintaan domestik meningkat sebanyak 3.1 peratus tahun ke tahun. Kapasiti meningkat 1.5 peratus tahun ke tahundan faktor beban1.2 mata peratusanlebih tinggi pada 83.5 peratus berbanding November 2023, kata IATA.