Perjanjian JS-SEZ Bawa Limpahan Manfaat Besar Kepada Johor – Menteri Besar

3f317713bec260779d2e60070e01bd89677d2414afcfd Kredit: FB Onn Hafiz Ghazi 9289c941b4c50315ca6ae95efedf5126677d24450c35c Kredit: FB Onn Hafiz Ghazi 795cad3c1e73c4efd176cb6f0b6757f0677d245e09f0e Kredit: FB Onn Hafiz Ghazi b4a86279e2f12dfc189395af429c7105677d24721e4dd Kredit: FB Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 7 Jan (Iteenews) — Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanyakepada Johor dan rakyatnya.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perjanjian itu merupakan hasil perbincangan mendalam dan persediaan teliti antara Malaysia dan Singapura yang bakalmembuka lebih banyak peluang perniagaan serta meningkatkan hubungan ekonomi kedua-dua negara.

“Ini adalah satu langkah strategik yang akan memberi impak positif kepada pembangunan negeri Johor dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan pelaburan serta pengukuhan sektor-sektor utama.

“Semoga segala perancangan dan usaha ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan seterusnya memberi limpahan manfaat kepada rakyat Johor serta Malaysia secara keseluruhan. Insya-Allah, kita akan menyaksikan transformasi positif untuk Johor,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliauhari ini.

Onn Hafiz berkata beliau amat berbesar hati dapat menyaksikan pemeteraian perjanjian JS-SEZ yang ditandatangani Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Singapura yangturut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.

“Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11, yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Kuala Lumpur,” katanya.

JS-SEZ kini merangkumi kawasan pembangunan Iskandar, Forest City, Pengerang Integrated Petroleum Complex dan Desaru dengan keluasan tanah 357,128 hektar.

Wilayah pembangunan Iskandar turut meliputi Pusat Bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Tanjung Pelepas-Tanjung Bin, Pasir Gudang, Senai-Skudai, dan Sedenak.

— BERNAMA