Perhubungan Kukuh Ke Pedalaman Lonjak Perdagangan Libatkan Pelabuhan ASEAN

4ec0b2efe562c132c9b27e0cc2b0ec84636f8cab1e0bf

Oleh Harizah Hanim Mohamed

PUTRAJAYA, 8 Sept (Iteenews) — Perhubungan yang kukuh dengan kawasan pedalaman dan keseragaman metrik atau sistem penilaian yang diiktiraf secara universal ke atas data empirikal perlu dimilki kalangan negara ASEAN untuk meningkatkan akses pasaran kepada perdagangan menerusi laut, kata pakar maritim.

Pakar Logistik Kanan STC Next Rotterdam Dr Henri Mickel Sandee berkata aliran bebas perdagangan dan penyepaduan dalam rangkaian perindustrian juga perlu wujud.

Gabungan kesemuakomponen ituakhirnya akan melonjakkan perdagangan dalam dan luar rantau ini, katanyakepada Iteenews di luar Persidangan Logistik dan Pelabuhan Maritim Antarabangsa (ICMLP) 2024 baru-baru ini.

Sandee ialah antara penceramah dalam sesi “Pasaran yang Sedang Pesat Membangun dan Peluang dalam Sektor Logistik dan Pelabuhan Maritim”.

Beliau berkata pemajuan kesalinghubungan pelabuhan laut-pedalaman membantu menyokong pembangunan dan kemampanan ekonomi serantau dengan mengurangkan kos pengangkutan serta meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan sekali gus akan membolehkan perdagangan dan pelaburan berkualitidalam rantau ini.

Jaringan perhubungan yang berkesan dengan kawasan pedalaman juga akan membantu menyepadukan kawasan yang mengalami kekurangan dari segi geografi dan seterusnya meningkatkan aktiviti ekonomi umum, katanya.

Sandee berkata walaupun pelabuhan dalam ASEAN masing-masing telah mencapai kemajuan ketara dari segi pendigitalan, pengurusan pelabuhan dan kemampanan namun, tiada kayu pengukur untuk menilai prestasi malah hanya sedikit tumpuan diberikan kepada jaringan perhubunganke pedalaman.

Beliau berkata ASEAN telah mewujudkan pelan induk untuk kesalinghubungan merangkumi pelan tindakanjusteru, sudah tiba masanya blok ekonomi ini mula menetapkan penanda aras melalui petunjuk empirikal yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *