SHAH ALAM, 19 Dis(Iteenews) — Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan mencecah RM100.6 bilion setakat November tahun initerutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Terdapat 400 syarikat Korea Selatan berdaftaryang melabur di negara inidari 1980 hingga September tahun ini danmenggaji lebih 50,000 rakyattempatan, katanya menerusiucapan beliausemasa majlis pelancaran cawangan kedai kopi pertamaEdiya Coffee di Malaysia, di Elmina Lakeside Mall, di sini.
Mengulas mengenai kedai kopi jenama Korea itu, Tengku Zafrul berkata Ediya Coffee bercadang untuk membuka 300 cawangandi Malaysia dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
"(Tetapi) Saya fikir apa yang penting adalahpeluang yang diciptanya. Kami membincangkantentang peluang pekerjaan, peluang meningkatkan kemahiran untuk golongan muda dan mengukuhkan industri francais di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ediya Coffee Services Sdn Bhd Mohd Hafiz Ab Rahim berkata pihaknya merancang untuk membuka 50 cawangan di seluruh Malaysia bermula tahun depan.
Beliau berhasrat untuk menjadikan Ediya Coffee sebagai rangkaian kedai kopi nombor satu di negara ini.
Pelancaran cawangan pertama itumenandakan pencapaian penting dalam usaha untukmengembangkan jenamayang membawa rasakopi autentik Korea itu kepada masyarakat, khususnya penggemar kopi di Malaysia.
Ediya Coffee merupakan rangkaian kopi terkemuka di Korea Selatan yang diasaskan pada 2001 dan kini mempunyai lebih daripada 4,000 cawangan di negara tersebut.
— BERNAMA