Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Iteenews) — Persatuan Kebangsaan Insurans Hayat Malaysia dan Penasihat Takaful Keluarga (NAMLIFA), menggesa kerajaan untuk menangani isu perbezaan harga ketara antara pesakit yang mempunyai polisi insurans dengan mereka yang membayar secara tunai di hospital swasta.
Tindakan itu penting kerana sebarang percanggahan atau perbezaan bayaran hanya menyebabkan insurans perubatan menjadi tidak mampan.
Ketika menegaskan perkara itu, Presiden NAMLIFA Krishnan Appanu berkata kerajaan juga perlu mewujudkan kemudahaninsurans sosial nasional, bertindak mengawal harga hospital danlebih penting, mempunyai keinginan politik untuk memastikan aspek keuntungan tidak membayangi kebajikan pesakit.
Sambil menyifatkan isu itu sudah terlalu lama berpanjangan, beliau berkata ini turut memberi bebanan kewangan kepada pemegang polisi selain menyebabkan hospital swasta melonjakkan caj untuk pesakit yang mempunyaiinsurans.
“Ia bukan lagi rahsia apabila hospital swasta mengenakan caj lebih tinggi ke atas pesakit yang mempunyai insurans berbanding yang membayar secara tunai,” katanya kepada Iteenews.
Penjagaan kesihatan satu keperluan