Perak Terus Usaha Teroka Tingkat Hasil Negeri, Laksana Perbelanjaan Berhemat – Sultan Nazrin

IPOH, 15 April (Iteenews) — Usaha meningkatkan kutipan hasil negeri akan terus diterokai sementara perbelanjaan dikawal secara berhemat, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah kutipan hasil bagi negeri Perak pada2024 merekodkan angka melebihi sasaran mencecah RM1.3 bilion, meningkat RM118.5 juta berbanding kutipan hasil pada 2023.

Sultan Nazrin bertitah untuk tiga tahun berturut-turut, negeri itu berjaya menutup Akaun Hasil Disatukan dengan kedudukan surplus(sebelum diaudit), iaitu RM45.6 juta pada 31 Dis 2024.

Ad Banner

“Beberapa inisiatif dilaksanakan bertujuan menerokai potensi baharu hasil negeri, antaranyapemantapan pengurusan serta penguatkuasaan pengurusan sumber air di bawah Enakmen Sumber Air Perak 2023, dan mengenakan Caj Perkhidmatan Tempatan di bawah Enakmen Hotel 2023.

“Royalti industri perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dijangka memberikan sumbangan hasil baharu yang signifikan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakanIstiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah sebagai pendekatan strategik ke arah mengembangkan potensi ekonomi biru secara mampan, Hala Tuju Ekonomi Birudilancarkan agar tercapai hasrat untuk memakmurkan sumber laut dan mengurus sumber marin secara lestari.

“Usaha membangunkan sektor ekonomi biru akan direalisasikan melalui pembangunan sektor utama dan pemerkasaan sains, teknologi dan inovasi sertapemerkasaan pengurusan pemuliharaan marin,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah usaha membangunkan bandar pintar dirintis, melalui Blueprint Bandar Pintar 2040yang menekankan elemen penduduk, sepertiMajlis Perbandaran Manjung dan Majlis Daerah Kampar telah berjaya meraih status Smart City Early Adoptersmenerusi Anugerah Penarafan Bandar Pintar 2024.