Penyelidikan Jangkakan BNM Kekalkan OPR 3.0 Peratus

02886d84e986c5162306a3fdc7a985db5f574ea1319bd

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Iteenews) — Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat minggu ini.

Moody’s Analytics menjelaskan memandangkan OPR itu masih berada di bawah paras yang dicatatkan pada awal 2019, BNM dijangkakan mengekalkan kadar tersebut sehingga 2025.

“Bank pusat Malaysia akan memaklumkan kemas kini maklumat mengenai penetapan dasar monetarinya pada Khamis.

“Walaupun bank pusat New Zealand dan Filipina telah mengurangkan kadar faedah pada beberapa minggu lepas namun, BNM mungkin mengekalkan OPR pada 3.0 peratus sehingga 2025,” menurutnya dalam Sorotan & Gambaran Keseluruhan Ekonomi Mingguan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Mesyuarat Jawatankuasa DasarMonetari BNM dijadualkan pada 4 dan 5 September ini.

Pada 2019,OPR adalah 3.25 peratus sehingga Mac,sebelum diturunkan lagi kepada 3.00 peratus sehingga Januari 2020.

Kenaikan kadar faedah di Malaysia tidak agresif berbanding di negara lain di rantau ini dan kadar penanda aras di negara ini masih lebih rendah berbanding pada awal 2019 (3.25 peratus), tambahnya.

“Selepas menjadi antara mata wang yang paling teruk prestasinya di Asia tahun lepas, ringgt kini meningkat kukuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“BNM mungkin mahu mengekalkan aliran itu dengan kadar faedah yang stabil,” jelas Moody's Analytics.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *