Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Kereta

Kredit : IPD Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 14 Mac (Iteenews) — Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Alor Jambu, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 malam semasa Muhamad Ali, 48, dalam perjalanan dari rumahnya di Padang Kemunting menuju ke Padang Nenas.

Beliau berkataketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 22 tahundipercayai telah melanggar motosikal itu dari belakang, mengakibatkan Muhamad terpelanting dan mengalami kecederaan parah.

Azli berkata penunggang itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

“Pemandu kereta yang merupakan seorang peniaga di bazar Ramadan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu beliaumeminta saksi kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kesmengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA