Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH) Adzmi Hassan
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 16Okt(Iteenews) — Dalam usaha melestarikan industri sawit tempatan, pekebun kecil di negara ini telah menerimaimpak positif selain turut menerimacabaran daripada pengenalan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kataPresiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Adzmi Hassan.
Adzmi berkata pihaknya turut berkongsi impak dan manfaat yang diperoleh golongan tersebut melalui pensijilan berkenaantermasuk potensi masa depan yang memberi kelebihan kepada Malaysia berbanding negara pengeluar sawit lain untuk hargalebih baik di peringkat antarabangsa.
CABARAN UTAMA DALAM PEMATUHAN MSPO
Menurutnyaisu pemilikan tanah, kekangan buruhdan kos operasi yang meningkat antara isu utama yang menghalang golongan itu daripada mendapatkan pensijilan MSPO.
Beliau turut menerangkan syarat nyata tanah yang telah menyukarkan pekebun kecil yang menanam sawit di tanah berstatus getah atau padi, untuk menukar status tanaman mereka.
“Kerajaan negeri akan menguatkuasakan tindakan dengan mengenakan denda ke atas pelanggaran syarat pengunaan tanah kepada pekebun kecil yang ingin membuat pertukaran tersebut,” katanya.
MSPO merupakan skim pensijilan kebangsaan yang diperkenalkan untuk ladang kelapa sawit, pekebun kecildan kilang pemprosesan minyak sawit di Malaysia sertapekebun kecil yang memiliki kurang daripada 40.46 hektarkebun kelapa sawit layak menerima insentif pensijilan MSPO secara percuma.