Pensijilan Halal Bantu Perluaskan Produk Dan Perkhidmatan Ke Peringkat Antarabangsa – Matrade

f37239b521a611ed4195fb447f293af466ddae91e618aDatuk Seri Reezal Merican Naina Merican –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Iteenews) — Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkatapasaran produk dan perkhidmatan halal dijangka bernilai US$5 trilion pada tahun 2030.

Malaysia tampil sebagai peneraju dalam industri halal global, menetapkan standard kecemerlangan dan inovasi yang menjadi penanda aras.

“Kepimpinan Malaysia dalam sektor ini sukar dipertikaikan, sentiasa menjangkau batas baharu dan meningkatkan piawaian di peringkat antarabangsa,” katanya dalam catatan dilamanFacebook, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kokdilapor menyatakan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan.

“Sebagai perintis, Malaysia bukan sahaja memperkukuh kedudukannyasebagai pihak berkuasa yang dipercayai tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan ekonomi halal global,” kata Reezal.

Kerjasama rapat antara MATRADE dan Halal Development Corporation (HDC) memastikan produk halal Malaysia dikenali dan diterima di peringkat antarabangsa seterusnya memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju utama dalam industri halal global.

“Menerusipensijilan halal, peniaga Malaysia diberikan akses kepada pasaran global yang luas, merangkumi lebih daripada 1.9 bilion pengguna Muslim di seluruh atau mewakili 24 peratus jumlah penduduk dunia.

“Ini adalah peluang signifikan bagi peniaga untuk meningkatkan jualan dan memperluaskan jenama mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *