Penjualan Saham MAHB Tidak Jejas Aspek Keselamatan Negara – MOT

206250b3fcdc8475ddf09320386d77f55f3d27cee1293

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Iteenews) — Kementerian Pengangkutan (MOT) berpandangan bahawa penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menjejaskan aspek keselamatanberdasarkan komitmen dan kerjasama antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAHB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memastikan aspek keselamatan berada pada tahap terbaik.

Menurutnya kerajaan juga tidakmenjual saham dalam MAHB, sebaliknya, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd iaitu anak syarikat Khazanah Nasional Bhd akan meningkatkan pegangan saham terkumpul dalam MAHB daripada 41 peratuskepada 70 peratus.

“MAHB akan kekal beroperasi sebagai aset strategik negara meskipun setelah diswastakan nanti.

“Peranan MAHB kekal terhad kepada pengoperasian lapangan terbang di bawah seliaannya, yang mana kesemua 39 lapangan terbang di Malaysia tersebut kekal berada di bawah pemilikan kerajaanseperti yang termaktub dalam perjanjian pengoperasian,” katanya.

MOT berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis bagi menjawab pertanyaan Mohd Nazri Abu Hassan(PN-Merbok)mengenaijaminan kerajaan bahawa penjualan saham itu tidak akan menjejaskankeselamatan dan kedaulatan negara.

Selain itu, Mohd Nazri juga ingin tahu langkah diambil kementerian bagi memastikan kawalan terhadap aset-aset penting seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak tergugat oleh kepentingan luar.

Mengulas lanjut, MOT berkata kedaulatan dan kepentingan negara akan terus terjamin memandangkan konsortium berkenaan diterajui oleh syarikat-syarikat GLIC menerusi pemilikan majoriti saham 70 peratus.

Di samping itu, kerajaan juga melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] akan mengekalkan pegangan saham khas dalam MAHB, katanya.

Menurut kementerian, MKD selaku pemegang saham khas MAHB berhak dari semasa ke semasa melantik pengarah MAHBtermasuk seorang pengerusi dan seorang pengarah urusan bagimemastikan segala keputusan strategik yang diambil oleh konsortium adalah selari dengan kepentingan negara.