Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika hadir bagi melakukan lawatan di CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd. Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (tiga, kiri), Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (dua, kiri) dan Pengarah Urusan CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd Siti Padillah Abdul Wahab (kanan). — fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan di CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd. Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (kiri). — fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (tiga, kiri), Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (dua, kanan) dan Pengarah Urusan CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd Siti Padillah Abdul Wahab (tiga, kanan) ketika melakukan lawatan di CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd. — fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim berkata peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Beliau berkata antara contoh syarikat tempatan yang boleh dijadikan panduan susulan memanfaatkan pelaburan dalam sektor teknologi ialah CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd (CG Global) yang terletak di Zon Perindustrian Prai, Pulau Pinang kerana berjaya menembusi pasaran global.
“Saya titipkan ucapan tahniah dan semangat kepada seluruh warga CG Global (yang mana 80 peratus tenaga kerja adalah wanita) atas kejayaan menembusi pasaran global, dan merupakan antara lain hasil daripada program-program dukungan dan insentif daripada kerajaan,” katanya menerusi hantaran di laman X.
Beliau pada hari ini berpeluang mengadakan lawatan ke CG Global, sebuah perusahaan kecil dan sederhana milik wanita Bumiputera yang merupakan pengeluar utama dalam penyediaan spektrum perkhidmatan CEM (Contract Electronics Manufacturing).
Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannya sentiasa memberi tumpuan untuk memastikan usahawan wanita memiliki ruang dan peluang yang sama dalam mengembangkan perniagaan seperti yang diterajui oleh usahawan lelaki.
“Sebagai peneraju Tonggak Ekonomi di bawah Kepengerusian ASEAN 2025, MITI akan terus mengetengahkan inisiatif proaktif yang mengutamakan kesaksamaan jantina dalam keusahawanan selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu \”Keterangkuman dan Kemampanan,” katanya menerusi hantaran di laman X.
Beliau yang turut serta dalam lawatan tersebut berkata CG Global merupakan syarikat perusahaan kecil dan sederhana wanita Bumiputera yang telah beroperasi sejak 2016.
“Semasa mula ditubuhkan, mereka hanya menyediakan perkhidmatan untuk syarikat multinasional sekitar Pulau Pinang dan Ipoh, Perak.
“Tapi kini perniagaan mereka hampir 100 peratus berasaskan eksport, dengan pelanggan daripada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, UK dan China,” katanya.