Peningkatan Opex Di Bawah RP4 Dapat Sokong Operasi, Selenggara TNB – RHB IB

fbbce52261596c49bacf1d774bc4742c61a6028942ac1Kredit: Tenaga Nasional Bhd

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Iteenews) — RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) positif terhadap pengumuman Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkaitanTempoh Kawal Selia 4 (RP4), berikutan peningkatan perbelanjaan operasi (opex)itu dapat menyokong perancangan,pelaksanaan aktiviti operasi dan penyelenggaraan semua infrastruktur syarikat berkenaan.

Penganalisisnya Sean Lim berkata di bawah RP4, perbelanjaan modal (capex) dibenarkan adalah RM42.8 bilionyang merangkumi masing-masing RM26.6 bilion capex asas dan RM16.3 bilion capex luar jangka.

Angka itu, katanya, diterjemahkan kepada RM14.3 bilion purata capex tahunan yang diluluskaniaitu 108 peratus lebih tinggi daripada capex yang diluluskan dalam RP3.

"Opex yang dibenarkan juga meningkat 16 peratus kepada RM20.8 bilion berbanding RP3," katanya dalam nota penyelidikan bank pelaburan itu hari ini.

Selain itu, Lim berkata jumlahperbelanjaan modal tahunan dibenarkan sebanyak RM14.3 bilion juga meningkat daripada unjuran bank pelaburan itu iaitu sekitar RM8.6 bilion hingga RM9.6 bilion.

“Bagaimanapun, sementara menunggu butiran lebih terperinci oleh TNB, kami tidak pasti sama ada syarikat itu layak mendapat jumlah pulangan bersih terkawal penuh berdasarkan jumlah perbelanjaan modal yang dibenarkan," katanya.

Semalam, syarikat utiliti nasional itumengumumkan di bawah RP4yang dilaksanakan pada 2025 hingga 2027, tarif asas baharu untuk Semenanjung Malaysia adalah pada 45.62 sen setiap kilowatt-jam (kWj), berkuat kuasa 1 Julai 2025manakala kadar pulangan kawal selia telah dikekalkan pada 7.3 peratus mengikut RP3.

Di bawahRP3 bagi tempoh 2022 hingga 2024, kadar asas tarifditetapkan pada 39.95 sen/kWh.

Lim berkata secara keseluruhannya, RHB IB terkejut namun positif dengan peningkatan capex diumumkan di bawah RP4 manakala kadar pulangan tidak berubah pada 7.3 peratus.