Penggunaan Mata Wang Kripto Bagi Cuci Duit Di Malaysia Rendah – Lim

32b3f31a2bb5e7c3bb97db16543e3b3e6762b416a9dbcLim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Iteenews) — Hasil dapatan menunjukkanpenggunaan mata wang kripto sebagai antara medium untuk mencuci duit di Malaysia adalah rendah, kata Timbalan Menteri KewanganLim Hui Ying.

Beliau berkata dapatan ini daripada Penilaian Risiko Virtual Assets terkini yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Pencegahan Pengubahan Wang Haram peringkat Kebangsaan (NCC).

Katanya ia turut melibatkan pemerhatian Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Strategi kerajaan berkaitan pengawalan mata wang kripto adalah melalui pengenaan obligasi pelaporan terhadap semua pengendali pertukaran aset digital atau mata wang kripto (Digital Asset Exchanges, DAX) yang berdaftar di bawah Akta 613 (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001).

“Pengendali DAX ini juga dikawal selia oleh SC. Selanjutnya, bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan, strategi dan pelan tindakan yang bersesuaian telah dibincangkan dan akan diperincikan melalui platform NCC,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2024 di Dewan Negara hari ini.

Dalam pada itu, Lim menegaskan Malaysia tidak tersenarai dalam 'senarai kelabu' dan 'senarai hitam' berdasarkan piawaian yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF).

FATF merupakan badan antarabangsa yang dianggotai oleh 40 negara termasuk Malaysia, Singapura dan Indonesia yang menjadi ahli daripada blok ASEAN dan lebih 200 negara memakai piawaian dan saranan FATF.

“Piawaian FATF merupakan saranan bagi sesuatu negara mencegah dan membanteras risiko pengubahan wang haram/pembiayaan keganasan/pembiayaan percambahan(ML/TF/PF).