Penggunaan AI Diperkasa, \’Sentuhan\’ Wartawan Masih Berbisa

Choong Mei Chin Nurashikin Haron Prof Madya Dr Mohd Faizal Kasmani

Oleh Siti Fauziah Hasan

SEREMBAN, 24 Mei (Iteenews) — Teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin banyak digunakan dalam bidang kewartawanannamun kreativiti dan sentuhan ‘magis’ manusia masih menjadi elemen penting dalam menghasilkan berita yang berkualiti dan tepat.

Wartawansebuah akhbar berbahasa Mandarin, Choong Mei Chin, 47,mengakuiAI mampumempercepatkan penulisan berita menerusiperolehan maklumat dan data yang pantas tetapipengamal mediatidakboleh bergantung kepada teknologi itu sepenuhnya kerana masih perlu memeriksakesahihan kandungantersebut.

“Sayapernah menggunakan AIdalam penulisan tetapi sebagai bantuan untuk penterjemahan, mencari sudutberita dan menyemak fakta sertatranskripsi wawancara. Jika terlalu bergantung kepada AI boleh menjejaskan kreativiti dan kualiti sertamungkin menyebabkan wartawan kurang berfikir.

“Sebagai contoh, kita nak lapor berkaitan Sidang KemuncakASEAN, maklumat yang disampaikan oleh wartawanperlu tepat kerana ia dibaca masyarakat seluruh duniadan media membawa nama negara,” katanya kepada Iteenews.

Choong yang telah berpengalaman lebih 20 tahunberkata AI bukanlahancaman tetapirevolusi yang perlu dihadapi dengan bijak kerana sekiranya disalahgunakaniamampumelemahkan kemahiran menulis sekali gus menyebabkan kualiti penulisan menurun dan menjejaskan kredibiliti.

Ad Banner

Melontarkan pandangan sama, wartawan sebuah agensi berita, Nurashikin Haron, 30,berkatapenggunaan AI sememangnya memudahkan kerja danpanduan bagi menjana idea untukmenjadikan sesuatu kandungan itu lebih pelbagai, namun kebergantungan terhadapteknologi itu mungkin membuatkan wartawanmenjadi malas.

“Saya tidak pernah menggunakan AI sepertiChatGPTtetapi banyak gunakan Google untuk cari maklumat, kadangkala di platform itu sendiri akan keluar hasil daripada sumber AI. Ia sebenarnya membantu dalam membuat carian dan boleh jadikan wartawan lebih produktif.

“Bagaimanapun, hasil dikeluarkan AI mungkin agak ‘kosong’ kerana cariannya berdasarkan data dalam ‘cloud’ dan secara dasar sahaja,berbanding tulisan yang datang daripada hati, emosi dan tenaga yang disampaikan oleh penulis yangboleh kita rasaikeikhlasan sesuatu artikel itu,” katanya yang berkerja dalam industrimedia sejak 2019.