Gambar fail
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid dan K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 5 Jan(Iteenews) — Kalangan penggemar kopi yang sememangnya membayar mahal untuk menikmati minuman kegemaransusulan lonjakan harga biji kopi, kini perlu terus menelan ‘kepahitan’ itu dengan memilih alternatif berpatutan seperti membancuh sendiri atau mengehadkan pengambilan minuman berkenaan.
Realiti di sebalik tegukan itu bukan sekadar di mulut, tetapi turut bersandarkan wang yang ada dan pastinya makin terasa apabila harga biji kopi global terus melonjak akibat faktor cuaca di negara-negara pengeluar utama seperti Brazil dan Vietnam.
Dua negara itu merupakan pengeluar utama biji kopiArabica dan Robusta dengan bancuhan kopi popular ini di serata dunia, termasuk di Malaysia.
Berikutan itu, kalangan penggemar kopi di Malaysia tidak terkecuali daripada impak kekurangan biji kopi serta harga minuman itu.
Pada bulan lepas misalnya, harga niaga hadapan biji kopi Robusta dilaporkan melangkaui US$5,500 satu tan – paras tertinggi sejak awal 2008.
Harga biji kopi Arabica juga melonjak lebihUS$7,300 satu tan yang kali terakhir dicatatkan pada 1977.
Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, negara ini mengimportsebahagian besar biji kopidari Vietnam, Indonesia dan Brazil dengan purata rakyat Malaysia mengambil 2.2 kilogram kopi pada 2022 iaitu peningkatan 5.2 peratus daripada 2017.
Kini, seiring kenaikan kos, penggemar minuman itu perlu mengubah selera dengan sebahagian besarnya memilih alternatif yang lebih berpatutan.