Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
KUALA LUMPUR, 4 Mac(Iteenews) –Pengeluaran Gas asli Malaysia meningkat tigaperatus kepada 2,948.8 bilion kaki padu pada2024,pulih semula daripada penurunan sebelumnya, kataJabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidinberkatapengeluaran gas asli pulih pada suku keempat 2024, meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada792.8 bilion kaki padu selepas mencatatkan penurunan 2.7 peratus pada suku sebelumnya.
“Sementara itu, minyak mentah dan kondensat merekodkan pengeluaran sebanyak 45.7 juta tong, menunjukkan pertumbuhan namun masih berada dalam jajaran negatif dengan penurunan sebanyak 7.0 peratus berbanding 8.9 peratus pada suku sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Prestasi ini, katanya, disokong oleh penurunan minyak mentah yang lebih kecil kepada 9.6 peratus pada suku keempat 2024 daripada 14.2 peratus pada suku sebelumnya, dengan jumlah pengeluaran sebanyak 31.3 juta tong pengeluaran manakala kondensat menyusut 0.8 peratus berbanding 4.6 peratus pada suku ketiga 2024.
Mohd Uzir berkata, minyak mentah menyumbang 68.5 peratus daripada jumlah pengeluaran minyak mentah dan kondensat, manakala kondensat menyumbang 31.5 peratus atau bersamaan dengan 14.4 juta tong.
“Secara suku tahunan, pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat sebanyak 9.3 peratus pada suku keempat 2024 berbanding 9.3 peratus pada suku sebelumnya.
“Pertumbuhan itudipacu oleh peningkatan kondensat pada 7.5 peratus naik daripada 3.2 peratus pada suku ketiga manakalagas asli berada pada20.2 peratus,turun sebanyak 5.4 peratus daripada sebelumnya,” katanya.
Jabatan Perangkaan berkata Purata Harga “Lifting” Berpemberat (WALP) bagi minyak mentah dan kondensat di Malaysia turun kepada US$76.3 setongpada suku keempat 2024, menyusut daripada US$82.0 setong pada suku sebelumnya. (US$1 = RM4.46).
“Penguranganharga ini, selaras dengan aliran penurunan global harga WTI dan Brent, yang masing-masing jatuh kepada US$70.7 setong dan US$74.6 setong, berbandingUS$76.2 setong danUS$79.8 setong pada suku sebelumnya,” kata Mohd Uzir.