KUALA LUMPUR, 4 Dis (Iteenews) — Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 dan isu naik taraf kawasan sempadan Malaysia–Indonesia di Sarawak, antara yang akan dibincangkan pada persidanganDewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, pada sesi soal jawab Roy AngauGingkoi (GPS-Lubok Antu) memintaMenteri Belia dan Sukan menyatakanrancangan untuk menambah baik stadium dan fasiliti sukan serta membangunkan perkampungan atlet di seluruh Sarawak bagi memastikan penganjuran Sukan SEA 2027 di negeri ituberjalan lancar.
Dalam sesi sama, Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) akan bertanyakanMenteri Ekonomi mengenai penggunaan peruntukan RM1 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri untukmenaik taraf kawasan sempadan Malaysia–Indonesia di Sarawak.
Turut menarik perhatian, pertanyaan daripada Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) kepada Menteri Kesihatan berhubung statistik masalahkesihatan mental melibatkan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi serta pendekatan dasar yang diambil kementerian dalam menangani isu itu.
Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) pula akan mengajukan soalan kepada Menteri Komunikasi sama ada kementerian mempunyai sebarang inisiatif atau program untuk menggalakkan dan memberi ganjaran kepada pempengaruh media sosial yang menghasilkan kandungan positif dan bermanfaat, memandangkan kerjaya itu semakin popular dalam kalangan rakyat khususnya golongan belia.
Selepas sesi itu, persidangan diteruskan dengan pembentanganrang undang-undang untuk bacaan kali kedua antaranya Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2024, RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 sertaRUUCukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2024.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 haribermula 14 Okt hingga 12 Dis.
— BERNAMA