Pengambilalihan Baki Saham MAHB Cecah 75.73 Peratus

bb6bb7beb295440220869e3b5f9318ec67373f1694d97

KUALA LUMPUR, 6 Jan(Iteenews) –Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaranbersama saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telahmencapai 75.73 peratus.

AmInvestment Bank dalam satu kenyataan hari ini berkatajumlah saham MAHB yang dipegang oleh pemberi tawaran bersama dan pemberi tawaranmuktamad bersama pada 5 petang, 6 Jan 2025 adalah pada 70.08 peratus (1,169,277,833 saham), dengan 5.65 peratus (94,297,176 saham) penerimaan belum selesai.

Ini menjadikan jumlah saham yang diperoleh sebanyak75.73 peratus dengan sejumlah 1,263,575,009 saham.

Tawaran pengambilalihan untuk saham MAHB akan kekal pada RM11 bagibaki saham selebihnyadan tempoh telah dilanjutkan kepada Jumaat, 17 Jan 2025 daripada 8 Jan 2025, kata bank pelaburan itu.

— BERNAMA