Penerbangan Ke Incheon Berpatah Balik Ekoran Isu Teknikal – MAS

4976b143749dec8e10a77e97d7fa51d164da12e2320cf

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Iteenews) –Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa penerbangandari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, terpaksa berpatah balik awal pagi ini berikutan isu teknikal berkaitan sistem hidraulik.

Dalam kenyataan hari ini, MAS memaklumkan bahawa penerbangan MH66 yang berlepas ke Incheon hari ini, mengambil langkah berjaga-jaga dengan berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas berlepas dan mendarat dengan selamatdi Terminal 1 KLIA pada 1.30 pagi.

“Kesemua penumpang telah diberi kemudahan penginapan di hotel dan penerbangan itu dijadualkan semula sebagai MH66D yang akan berlepas pada 8 malam ini. Penerbangan pulang MH67D juga dijadualkan semula dan akan berlepas pada 5.10 pagi (waktu tempatan), 3 Sept.

“Keselamatan dan kebajikan kesemua penumpang serta anak kapal kekalmenjadi keutamaan kami,” menurut MAS.

Sementara itu,Ketua Pegawai EksekutifPihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)Datuk Kapten Norazman Mahmud memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada MAS.

“⁠Pihak syarikat (MAS) telah memberikan laporan awal kepada CAAM, bagaimanapun maklumat terperinci mengenai insiden itu perlu menunggu siasatan penuh. Ke⁠semua anak kapal serta penumpangpesawat berkenaanberada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi Iteenews hari ini.

Terdahulu, laporan media menyatakan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan dilaporkan telah berpatah balik, awal pagi tadi.

Menurut laman Flightradar24, pesawat MH66 yang menggunakan pesawat Airbus A330-323 ituberlepas dari KLIA pada12.01 tengah malamtadi sebelum berpatah balik dan selamat mendarat di KLIA beberapa jam kemudian.

Ini merupakan insiden kelima melibatkan penerbangan MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan dalam tempoh kira-kirasebulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *