Pendekatan Tepat Pasaran Karbon Pemacu Ekosistem Dagangan Serba Mantap – Engie

d77a53563c66dba64aabc95594308b9f6770b2eb724adPengarah Urusan Engie Services Malaysia Wong Yin Kee

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Iteenews) — Pendekatan yang dirangka secara tepat mampu menjadi langkah transformasi bagi pasaran karbon Malaysia selainmenggalakkan industri mengurangkan pelepasan dan mewujudkan ekosistem perdagangan karbon yang mantap, kataEngie Services Malaysia Sdn Bhd.

Pengarah UrusannyaWong Yin Kee berkata cukai karbon misalnya dapat melengkapkan inisiatif seperti Bursa Carbon Exchange (BCX) di Bursa Malaysia, menyediakan isyarat harga yang telus sertamembolehkan syarikat atau perniagaan meraih serta melakukan perdagangan kredit karbon dengan bertindak mengurangkan pelepasan karbon.

Ini tidak hanyamemacu usaha penyahkarbonan tetapi turut menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam pasaran karbon global, seiring dengan mekanisme seperti Artikel 6.4 Perjanjian Paris, katanya.

Mekanisme Artikel 6.4 itu membolehkan negara-negaramemperdagangkan pengurangan pelepasan karbon yangmelangkaui usaha pengimbangan sifar dalam memenuhi komitmen di bawah Perjanjian Paris.

“Bagi saya, menjadikan insentif kewangan seiring dengan pengurangan pelepasan adalah langkah yang tidak dapat dielakdalam usaha melengkapkan usaha penyahkarbonan Malaysia secaralebih meluas.

“Rekaan dan pelaksanaan yang tepat menjadi langkah penting dalam memastikan Malaysia mencapai matlamat pelepasan karbon sifar,” katanya kepada Iteenews.

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan mengumumkan rancangan melaksanakan cukai karbon untuk industri besi, keluli dan tenaga menjelang 2026 yang turutmenekankan komitmen negara terhadap matlamat pengurangan pelepasannya.

Wong turut menekankan kepentingan kerjasama antara kerajaan, industri dan pihak berkepentingan dalam menyelaraskan cukai dengan sumbangan nasional yang ditentukan sendiri oleh negara (NDC) sertapelan peralihan tenaga Malaysia.