CYBERJAYA, 10 Mac (Iteenews) — Pencapaian Malaysia dalam Indeks Keselamatan Siber Global padaTahap Satutahun lepas menekankan kemajuan penting negara dalam memperkukuh daya tahan siber.
Pengarah Kanan Jualan Teknikal Strategik BlackBerry Asia Pasifik Jonathan Jackson berkata pencapaian ini mencerminkan usaha proaktif kerajaan untuk melindungi infrastruktur digital negara.
Bagaimanapun Jackson berkata pengiktirafan sedemikian turut menjadikan Malaysia sebagai sasaran utama penjenayah siber yang semakin menumpukan kepada sasaran bernilai tinggi.
Walaupun berdepan risiko, Jackson memuji usaha kerajaan untuk mengurangkan kerentanan.
"Ini menunjukkan bahawa Malaysia telah mengambil langkah proaktif yang membanggakan untuk menambah baik daya tahan siber negara.
“Bagaimanapun, ini juga membimbangkan memandangkan ia mempunyai risiko," katanya pada persidangan meja bulat media di sini hari ini.
Pada Disember tahun lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG) untuk mempertingkat keselamatan maklumat dan rangkaian serta daya tahan industri komunikasi dan multimedia di negara ini.
Senada dengan Jackson, Ahli MCMC Derek John Fernandez menekankan keperluan untuk rakyat Malaysia mengamalkan tabiat keselamatan siber asas tetapi berkesan untuk melindungi peranti mereka.
Amalan ini yang dikenali sebagai "phone hygiene" atau amalan keselamatan dan penjagaan telefon yang baik, adalah penting untuk mengurangkan kerentanan yang mungkin dieksploitasi oleh penjenayah siber, kata Fernandez.