Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Berikutan Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

66fb4d24ab9bd6b14a03fd90b5cf82db6461bbcf32dd1 8c50cefed7714531a0c8758931dff9b16779f682e279a Pemilik Rendevu Coffee, Hijjaz Suhaimi 6cfd430a3c05fd08047ba8cf9c5098dc6779f41e59883 Pemilik Whatever Works Coffee, Ellina Amin

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Iteenews) — Pemilik kafe di Malaysia yang mengimport biji kopi dan menjual kopi istimewa kini berdepan dengan cabaran untuk memikirkan semula strategi penetapan harga mereka berikutan harga biji kopi mencecah paras tertinggi dalam sejarah.

Kos biji kopi, terutamanya daripada pembekal utama Brazil dan Vietnam, dijangka terus meningkat pada 2025 disebabkan keadaan cuaca buruk dan kekurangan bekalan yang didorong oleh permintaan global yang tinggi.

Brazil, pengeksport kopi Arabica terbesar di dunia,mengalami satu daripada kemarau terburuk dalam sejarah, diikuti fros dan haba melampau, telah mengurangkan hasil tanaman dengan ketara.

Vietnam, pengeluar utama biji kopi Robusta, menghadapi kesukaran akibat kemarau berpanjangan dan hujan yang lebih lebat daripada biasa.

Harga biji kopi Arabica mencecah hampirUS$3.50 satu paun pada Disember 2024, mencatatkan paras tertinggi sejak1977, dengan kenaikan yang mengejutkan sebanyak 83 peratus pada 2024.

Biji kopiRobusta, yang kebanyakannya digunakan dalam kopi segera, turut mengalami lonjakan harga mendadak, meningkat sebanyak73 peratus kepada US$5,885 satu tan pada November 2024 disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Iteenews telah menemu bual tiga pemilik kafe di Kuala Lumpur untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai cabaran yang dihadapi pada masa ini.

Hijjaz Suhaimi, 24, pemilik Rendevu Coffee di Wangsa Maju berkata dengan harga biji kopi mentah yang melambung tinggi, perniagaan kini berdepan dengan keputusan yang sukar.