Pemegang Saham Pharmaniaga Lulus Pelan Regularisasi Untuk Keluar Dari Status PN17

30e31cb2da7c56af5cd25d380cbc8ce967dc19c5ad9ab

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Iteenews) –Pharmaniaga Bhd meneruskan pelan regularisasi kumpulan supayakeluar dari status NotaAmalan 17 (PN17) selepas pemegang saham meluluskan tiga resolusi utama pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) hari ini.

Tiga resolusi tersebutbertujuan mengukuhkan kedudukan kewanganselain menyokong pengembangan perniagaan iaituterbitan hak untuk mengumpul hasil kasar sehingga RM353.5 juta; penempatan persendirian sehingga RM300 juta dengan minimum RM215 jutadan pengurangan modal melalui pembatalan RM520 juta dalam modal saham terbitan.

"Pemegang saham terbesar Pharmaniaga, Boustead Holdings Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera,masing-masing memegang 47.1 peratus dan 7.8 peratus berjanji untuk melanggan kelayakanmereka di bawah terbitan hak," katanya dalam satu kenyataan.

Pharmaniaga berkata 51.3 peratus daripada hasil akan digunakan untuk mengurangkan pinjamanyang dijangka memberikan penjimatan faedah sebanyak RM16.8 juta setahunmanakala 34 peratus akan diperuntukkan untuk pengembangan perniagaantermasuk pembelianempat gudang baharu di Malaysia.

Dana itu juga diperuntukkan untuk pembangunan insulin manusia, vaksindan ubat generik lain.

Pengarah Urusannya, Zulkifli Jafar berkata kelulusan daripada pemegang saham ini menandakan langkah penting dalam menyelesaikan status PN17 kumpulan dan mengembalikan kestabilan kewangan.

"Kami menjalankan perbincangan aktif dengan pemegang kepentingan mengenai pelan regularisasi inidan kami percaya terbitan hak dan saham penempatan menarikminat yang tinggi," katanya.

Beliau berkatainisiatif biofarmaseutikal merekakhususnya dalam pengeluaran insulin manusia dan vaksin, juga menerima maklum balas yang positif.

Zulkiflimendedahkan mengenai kilang pengeluaran insulin manusia Pharmaniagayang dilancarkan pada September tahun lepas dan ia dijangka memulakan pengeluaran komersial pada suku keempat 2025.