Pembelian Pesawat Boeing Kukuhkan Kedudukan Malaysia Dalam Industri Penerbangan Global – Tengku Zafrul

40547d7c1277a420cfe0fc63668971a967de5d949013a Kredit: Facebook Tengku Zafrul 280e22cf02944d407cefb09e48c1a93667de712e6178c Kredit: Facebook Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Iteenews) –Pembelian pesawat baharu Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) adalah pelaburan untuk memperkukuhkedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri penerbangan global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pembelian ini turut menyokong operasiBoeing Composites Malaysia (BCM), yangmenghasilkan struktur pesawat Boeing di Malaysia dan mempunyai 1,000 pekerja rakyat Malaysia setakat ini.

“Ia selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab aeroangkasa serantau menjelang 2030,” katanya dalam catatan di laman media sosialnya hari ini.

Pada Jumaat,MAGtelah mengumumkan pemerolehan 30 pesawat baharu secara terus daripada Boeing sebagai sebahagian daripada strategi pemodenan pesawatnya.

Pesanan itu termasuk 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 yang dikuasakan oleh enjin CFM LEAP-1B dengan pilihan untuk 30 lagi pesawat 737.

Pengarah Urusan MAG Group Datuk Kapten Izham Ismail berkata pemilihan 737-8 dan 737-10 mencerminkan penilaian teliti terhadap strategi pertumbuhan jangka panjangnya, memastikan syarikat penerbangan itu mempunyai pesawat yang sesuai untuk memenuhi permintaan pasaran yang berkembang.

— BERNAMA