KUALA LUMPUR, 17 Okt (Iteenews) — KementerianPelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangkakan sebanyak10,380 peluang pekerjaan bakal dicipta melalui Pembangunan Kluster Industri di Wilayah Tengah.
MITI dalam satu kenyataan berkata Pembangunan Kluster Industri di Wilayah Tengah itubakal menyumbang kepada peningkatan beberapa ukuran makro ekonomi negara termasuk pencapaian kolektif Wilayah Tengah pada 2023 yang menyumbang kepada Keluaran Dalam NegaraKasar (KDNK) sebanyak RM754.2 bilion dan anggaran peningkatan tahunan bagi tempoh 2025-2030kepada RM24.5 bilion.
Anggaran kasar peningkatan purata nilai pelaburan pada 2023 pula berjumlah RM7.57 billion bagi pencapaian kolektif Wilayah Tengah dan dijangka melonjaksebanyak RM12.5 bilion bagi tempoh 2025-2030.
Terdahulu,Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bil. 7/2024 dipengerusikan Perdana Menteri, DatukSeri Anwar Ibrahim pada 16 Oktober,bersetuju mengambil pendekatan Pembangunan Kluster Industri seiringdengan objektif Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Inisiatif itu akan bermula dengan pembangunan kluster industri di Wilayah Tengah merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor,Negeri Sembilandan Melakayang mencatatkan konsentrasi industri tinggi, terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik, aeroangkasa, farmaseutikal serta teknologi makanan.
Sementara itu dalam kenyataan sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriTengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata inisiatif strategik tersebutbertujuan memperkukuhkan Malaysia sebagai hab pelaburan, pembuatan dan perkhidmatan bagi beberapa sektor tumpuan.
Dalam hal ini, kerajaan bertekad membangunkan kluster industri bersasar bermula dengan Wilayah Tengah berdasarkan kekuatan sedia ada, katanya.
“Ini bermakna kita tidak perlu mewujudkan Pihak Berkuasa Koridor atau menambah bebanan kewangan baharu ke atas Kerajaan Persekutuan sekali gus menjimatkan kos pentadbiran dan peruntukan fiskal, pada masa samakita dapat memanfaatkan insentif sedia ada,” katanya.
“Saya yakin dengan koordinasi rapat antara MITI, kementerian dan agensi lain serta kerajaan negeri,pendekatan kluster industri ini akan dapat menarik pelaburan tambahan, mencipta peluang pekerjaan baharu, meningkatkan ekonomi setempat serta menggalakkan pertumbuhan saksama dan inklusif,” kata Tengku Zafrul.