Pembangunan Ekosistem EV Di Malaysia Perlukan Pemain EV Global Seperti Tesla – Tengku Zafrul

687cac76e48227cc23ed59bcbbbea9a7660ea2e63c656 Gambar fail b35ab62b634518fa09c02bb5fad1306166b1c79f495e2 Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Iteenews) –Pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia memerlukan penyertaan pemain EVglobal seperti Tesla, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata strategi kementeriannya (MITI) untuk menarik pelaburan dalam industri automotif adalah bersifat sistematik dan strategik serta tidak terhad kepada Tesla sahaja.

Katanya bagi fasa pertama, MITI menyasarkan untuk memudahkan import kereta EV bagi merancakkan pasaran domestik dengan segera yang akan mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 stesen pengecas untuk kegunaan awam dan penggunaan EV yang tinggi di pasaran Malaysia.

“Apabila kita telah mencapai sasaran tersebut, insya-Allah kita akan berjaya menarik pengeluar EV untuk membangunkan kilang pemasangan atau pembuatan di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Iteenewsberhubung isu ini,hari ini.

Dalam fasa kedua, katanya apabila pengeluar EV global membangunkan kilang pemasangan atau pengeluaran di Malaysia, langkah itu akan mendorong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) automotif tempatan untuk meningkatkan kapasiti masing-masing bagi menyokong rantaian bekalan pengeluaran EV global.

Tengku Zafrul berkata ini termasuk dengan membekalkan alat ganti, komponen dan sistem automasi kilang kepada mereka.

“Kita ada kelebihansebab sektor semikonduktor kita telah bertapak di sini selama lebih 50 tahun dan EV menggunakan banyak semikonduktor,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa Tesla sebagai peserta inisiatif Kenderaan Elektrik Bateri Global (BEV) menyokong pembangunan ekosistem EVdi Malaysia dari pelbagai aspek meskipun tidak pernah menyatakan komitmen untuk membuka kilang di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *