Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

59919ae50e5cb22533bab82a45e84d7364353d38bcaad

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Dis(Iteenews) –Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baikkesihatan kewangan isi rumah, kata seorang ahliekonomi.

Menerusi Draf Pendedahan Pembiayaan Peribadi yang dikeluarkan pada 13 Dis 2024, BNM ingin mendapatkan input awam mengenai keperluan baharu untuk memansuhkan penawaran pembiayaan peribadi dengancaj faedah/keuntungan dikira menggunakan kadar rata dengan kaedah Peraturan 78.

Bank pusat berkatalangkah itu selaras dengan usaha bersama bank pusat, Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB), dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melalui pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967, yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada separuh pertama 2025.

Menurut draf pendedahan itu, Peraturan 78 ialah kaedah yang digunakan secara meluas untuk mengira pembayaran balik pinjaman yang mengenakan caj faedah ke atas produk pembiayaan peribadi, yang memerlukan peminjam membayar kadar faedah yang lebih tinggi pada awal tempoh pinjaman.

Ketua ahli ekonomi Kumpulan AmBank, Firdaos Rosli berkatakadar faedah rata, digabungkan dengan Peraturan 78, sering menyebabkan peminjam membayar faedah tinggi lebih awal, memberi kesan yang tidak seimbang kepada mereka yang membayar balik awal.

“Peraturan 78 yang memastikan faedah maksimum dibayar pada permulaan bermakna peminjam membayar sebahagian besar daripada jumlah faedah pada peringkat awal pinjaman.

“Ini memberi kesan yang tidak seimbang kepada mereka yang mempunyai pinjaman jangka panjang, kerana pembayaran balik awal tidak menghasilkan penjimatan yang ketara, menjadikan pembiayaan peribadi lebih mahal bagi peminjam yang mungkin ingin menjelaskan pinjaman lebih awal,” katanya kepada Iteenews.