Pemandu Bas Ekspres Ditahan Positif Pil Kuda

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zamri Samion (tengah) bercakap kepada media dalam Operasi Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 (OPS HRA 2025) di Jalan Kemajuan, malam tadi (27 Mac).–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

“JPJ sangat memandang serius isu penggunaan dadah ketika memandu bas ekspres yang sangat merisikokan keselamatan dan nyawa penumpang. Dalam hal ini kita akan melakukan pemeriksaan serta semakan ke atas pemandu dan syarikat dengan sangat intensif,” katanya pada Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2025, di sini malam tadi.

Sementara itu, Zamri berkata 940 saman telah dikeluarkan sepanjang Ops HRA bermula 24 Mac hingga semalam.

Beliau berkata ia hasil pemeriksaan ke atas 5,544 kenderaan termasuk motosikal, kereta dan lori.

“Dalam operasi itu juga JPJ Terengganu telah mengeluarkan 603 lain-lain notis dengan lapan kenderaan disita,” katanya.

Zamri berkata 20 kawasan kerap berlaku kemalangan juga dikenal pasti di seluruh Terengganu.

Ia termasuk dua lokasi di Kuala Terengganu,Marang (empat),Dungun (tiga),Kemaman (dua),Hulu Terengganu (empat),Setiu (tiga) dan Besut (dua).

— BERNAMA