Peluang Sertai Anugerah Sarawak DEA 2024 Dibuka Sehingga 23 September

ec39ffcc8e2288677f4048ab263b99b966eabc478da84

KUCHING, 18 Sept (Iteenews) –Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) mempelawa penyertaan bagi Anugerah Ekonomi Digital Sarawak 2024 yang dibuka sehingga 23 September ini.

Dalam kenyataannya, SMA yang mewakili kerajaan negeri Sarawak, berkata penganjur mengalu-alukan penyertaan bagi merebut peluang menyumbang kepada masa depan digital negeri itu menerusi Anugerah Sarawak DEA 2024 berkenaan.

“Anugerah berprestij ini meraikan inovasi serta transformasi yang merentasi pelbagai sektor,” kata SMA.

Agensi itu berkata ini juga sejajar dengan perananSarawak DEA 2024 sebagaiciri utama Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024.

Majlis penyampaian anugerah itu dijadualkan pada 17 Okt, 2024 yang juga serentak dengan penganjuran edisi ketujuh IDECS.

Selain mengetengahkanaspekinovasi, kerjasama dan kemajuan digital, anugerah itu turutmenjadi platform bagi kalangan mereka yang berwawasan, perintis dan inovatormempamerkan sumbangan mereka terhadap kemajuan digital Sarawak.

Menurut SMA, ini merangkumi kategori sepertiperusahaan mikro, kecil dan sederhana,penyelidikan dan pembangunan,syarikat pemula niaga teknologi,kerajaan digital,kemampanandan Industri 4.0.

Pada masa sama, tumpuan khusus turut diberikan dalam bentuk Anugerah Ekonomi Digital Premier Sarawak yang mengiktiraf pencapaian paling cemerlang dalam kalangan pemenang kategori berkenaan.

Di bawah kepimpinan berwawasan PremierTan Sri Abang Johari Openg, IDECS telah berkembang sebagai platform global bagi memacu kecemerlangan digital serta memupuk kemajuan sosioekonomi, kata SMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *