Pelepasan Cukai Tinggi Insurans Pendidikan, Perubatan Galak Perancangan Kewangan – LIAM

e33dd13f45159d2132bb22eed2bc11386621d47c724abPresiden LIAM Raymond Lew

KUALA LUMPUR, 19 OktIteenews) –Langkah kerajaan meningkatkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan danperubatankepada RM4,000 dilihat sebagai insentif perancangan kewangan yang baik.

Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)Raymond Lew berkata langkah itu secara tidak langsung akan dapatmenggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli pelan insurans perubatan dan kesihatan serta polisi pendidikan untuk anak-anak mereka.

Sebelum ini, pelepasan cukai pendapatan ke atas premium insurans pendidkan danperubatan adalah pada RM3,000.

Beliau jugaturut memuji langkahmeningkatkan pelepasan cukai pendapatan individu untuk perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000, yang turut meliputi pelan insurans perubatan dan kesihatan dengan ciri pembayaran bersama.

"Dengan menggalakkan insurans perubatan dan kesihatan dengan pelan pembayaran bersama untuk keluarga, ia akan membantu pemegang polisi menguruskan kos premium perubatan dalam tempoh jangka panjang dan membantu membiayai keperluan perubatan jangka panjang mereka pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya,pelan insurans pembayaran bersama membolehkan syarikatinsurans menawarkan premium yang lebih rendah kerana pemilik polisi berkongsi kos perbelanjaan perubatan.

Lew berkata komitmen kerajaan untuk meneruskan Program Baucar Perlindungan Tenang dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan industri insurans dan takaful akan terus memperkasakan kumpulan B40 untukmemperkenalkan perancangan kewangan dalam keluarga mereka.

Inisiatif ini akan memberi manfaat kepadasehingga dua juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang layak menuntut baucar RM30 untuk membiayai sebahagian daripada kos pembelian produk Perlindungan Tenang yang menawarkan perlindungan bagi kematian, kemalangan dan risiko am seperti kebakaran dan banjir.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *