Pelbagai Perencanaan strategik Lonjakkan Ekonomi Sepanjang 2024 – PM Anwar

133dcea8a2681ae92b5da4aa8dea90f86767c340a707b Kredit: FB – Anwar Ibrahim a4bb85f27c43de377629f414f41065696767c353523c9 Kredit: FB – Anwar Ibrahim 7f9c0689ba57a088140e1257d322c56f6767c365074ec Kredit: FB – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada rakyat dan negara.

Menerusi "Sorotan 2024: Melonjak Ekonomi, Melimpah Kemakmuran” yang dipaparkan dalam hantaran di laman Facebookbeliau hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkongsi beberapa inisiatif dan pencapaian negara.

Antara pencapaian itu adalahpelaburan ekonomi digital yang menyaksikan pelaburan digital diluluskanbernilai RM254.7 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2024, yang mewujudkan 159,000 pekerjaan.

Syarikat teknologi gergasi yang melabur di Malaysia termasuk Microsoft (RM10.5 bilion), NVIDIA dan YTL (RM20 bilion), Oracle (RM27 bilion), AWS (RM21.3 bilion) dan Google (RM9.4 bilion).

Pelaburan ini dijangka memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi dan menjadikan Malaysia sebagai hab digital Asia Tenggara.

Pelaburan Infineon di Kedah pula berjumlah RM30.1 bilion untuk membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida terbesar di dunia, yang menghasilkan 4,000 peluang pekerjaan.

Selain itu, langkah ini mengukuhkanindustri semikonduktor Malaysia, menarik pelabur global dan meningkatkan eksport.

Menurut hantaran itu, kerajaan turutmemfokuskan kepada pembangunan tenaga hijau menerusipelancaran Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Perak.

Ladang solar berkeluasan 267.09 hektar itu akan dibangunkan melalui kerjasama strategik antara SD Guthrie dan Permodalan Nasional Bhd.