Pelaburan Kerajaan Dalam Sapura Energy Umpama \’Talian Hayat\’ Kepada Vendor

5eb11f1783a2b9d33a3213a47161b5a95fe0571e7e3e0

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Iteenews) –Pelaburan kerajaan sebanyak RM1.1 bilion dalam Sapura Energy Bhd (SEB) disifatkan memberiharapanyang amat penting bagi vendor-vendor yang bergelut dengan masalah aliran tunai serius disebabkan bayaran tertunggak berjumlah lebih RM10 juta.

Ketua Pegawai Operasi Keyfield International Bhd, Mohd Erwan Ahmad berkatahutang tertunggak itu telah menyebabkan masalah aliran tunai yang teruk bagi syarikat, terutamanya apabila tunggakan pembayaran dari SEB berlaku pada separuh kedua 2021, semasa kemuncak pandemik COVID-19.

“Kami mempunyai obligasi pembayaran yang perlu dilunaskandan keadaan inisangat mencabar. Tetapi kami bertahan dan bersyukur kerana kami tidak terpaksa memberhentikan pekerja.

“Dengan itu kami terpaksa berusaha keras untuk memastikan projek kami tidak lewat disebabkan oleh pembayaran yang tertangguh ini," katanya kepada Iteenews.

Beliau percaya campur tangan kerajaan dalam SEB adalah tepat pada masanya dan perlu untuk kelangsungan operasi vendor-vendor, memandangkan jumlah yang terlibat dan bilangan vendor yang terjejas.

“(Suntikan ini) akan mengembalikan keyakinan yang sangat diperlukan dalam keseluruhan rantaian bekalan, semua pembekal akan terus bekerjasama dengan SEB untuk menyumbang kepada pembangunan industri minyak dan gas tempatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Classic Marine & Services(M) Sdn Bhd Muhammad Khairul Rijal Khalid berkata syarikatnya memahami bahawa banyak industri terjejas akibat pandemik COVID-19, dan syarikat seperti SEB juga tidak terkecuali.

"Kelewatan pembayaran kepada vendor, termasuk kepada kami, memberi kesan besar kepada ekosistem industri," katanya dan menambah SEB masih mempunyai tunggakan kira-kira RM11 juta kepada Classic Marine bagi tempoh pajakan kapal dari 2021 hingga Januari 2022.