Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) ke-78 hari ini.
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Iteenews) — Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuhbukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang olehpelaburan domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-78 Dewan Perniagaan dan Industri China Bersekutu (ACCCIM) di sini hari ini berkatabeliau mengaitkan momentum positif pelaburan domestik itu disebabkan minat, keyakinan dan komitmen semakin meningkat ditunjukkan oleh pemain industri tempatan.
“Pelaburan domestik telah meningkat secara luar biasa, oleh itusaya berterima kasih kepada anda (sektor swasta).
“Susulanitu, jika terdapat momentum pelaburan domestik yang mengagumkan maka saya tidak sepatutnya mengenakan cukai kepada anda (sektor swasta) terlalu tinggi,”katanya secara berseloroh.
Beliau berkata sektor swastatermasuk perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) danperusahaan kecil, mikro dan sederhana (PKMS)akan diberi tumpuan khusus dalam Belanjawan2025 akan datang.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Bajet di Parlimen pada Jumaat, 18 Oktober, 2024.
— BERNAMA