Pelabur Wajar Ambil Tawaran Terbitan Hak OCR Group – Ahli Akademik

af38539cff022b030f76c3b43f6d332c66dd39a2e6ad6 Wan Mohd Farid Wan Zakaria Kredit : OCR Group Bhd fbb43f7d3e65086f817dad3193517a9566dd6a5406d17 Kredit : OCR Group Bhd

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Iteenews) — Pelabur yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat pemaju hartanah, OCR Group Bhd, perlu mempertimbangkanuntuk menyertai langkah terbitan hak boleh lepas syarikat itu.

Ini memandangkan langkah itu melibatkan sehingga 1.34 bilion waran boleh cerai percuma.

Pensyarah KananKewangan di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Wan Mohd Farid Wan Zakaria berkata pemegang saham yang layak berhak mengambil tawaran itu berdasarkan dua saham hak dengan dua waran bagi setiap tiga saham OCR Group sedia ada yang dipegang setakat 5 Sept.

“Ini melibatkan aritmetik yang mudah apabila harga tawaran terbitan hak pada 3.5 sen itu meliputi diskaun 30 peratus daripada harga saham semasaOCR Group sebanyak lima sen.

“Kemudian akan ada dua waran percuma yang datang dengan setiap dua saham hak. Seseorang (pelabur) itu boleh menjangkakan secara konservatif harga waran akan disenaraikan pada 1.5 sen,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, pelabur boleh meraih diskaun 30 peratus atau 1.5 sen daripada satu saham hak, selain 1.5 sen lagi daripada waran percuma — menjadikan keseluruhan diskaun sebanyak 60 peratus atau tiga sen.

Saham hak OCR Group, yang kini didagangkan di Bursa Malaysia, boleh dibeli sebelum 13 Sept.

Tarikh dan masa terakhir untuk penerimaan dan pembayaran bagi perumpukan sementara dan lebihan saham hak dengan Waran E ialah pada Isnin, 23 Sept, 2024 pukul 5 petang.

Pada 24 April, anak syarikat tidak langsung OCR Group, OCR Templer Sdn Bhd merancang untuk membangunkan projek kediaman bertanah di kawasan 7.44 hektar di Templer, Rawang dengan anggaran nilai pembangunan kasar (NPK) sebanyak RM313 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *