KUALA LUMPUR, 17 Dis (Iteenews) — Irhamy Valuers International Sdn Bhd (Irhamy Valuers), sebahagian daripada Juwai IQI menjangka pelabuhan kargo di Malaysia mengendalikan 778 juta tan metrik barangan pada akhir tahun ini, mencatatkan manfaat ekonomi bernilai RM657 bilion.
Irhamy Valuers menilai aset pelabuhan dan logistik marin, selain pelbagai jenis aset lain dengan kerjasama firma perunding terkenal Andersen Global.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Irhamy Ahmad berkata pelabuhan kargo di Malaysia berjaya mencatatkan rekod pada 2024 dan 2025 menjanjikan keadaan yang lebih baik dengan implikasi lebih besar kepada ekonomi dan pasaran hartanah,\” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
\”Pada 2025, angka itu boleh meningkat sebanyak tiga hingga lima peratus, bermakna pelabuhan boleh mengendalikan 817 juta tan metrik barangan pada tahun depan dan tambahan RM690 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
\”Dari segi jumlah kargo yang dipindahkan, kecekapan ketika ia dipindahkan dan sumbangannya kepada ekonomi Malaysia, 2024 masih tahun terbaik bagi pelabuhan kargo di Malaysia,\” katanya.
Katanya peningkatan rangkaian perkapalan ke India telah membantu pelabuhan di Malaysia menambah daya pengeluaran mereka sepanjang tahun ini.
\”Satu-satunya kelemahan dalam prospek ialah ketiadaan terminal pelayaran yang mampu mengendalikan kapal persiaran besar yang menghalang pelabuhan daripada memberi lebih banyak sumbangan kepada ekonomi,\” katanya.
Irhamy berkata operasi pelabuhan, perkapalan dan pengangkutan marin menyumbang 40 peratus kepada KDNK Malaysia atau kira-kira RM657 bilion kepada aktiviti ekonomi setiap tahun.
Katanya pelabuhan di Malaysia berperanan sebagai hab pemunggahan kargo di Asia Tenggara, yang menyumbang kepada pendapatan pelabuhan dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di Malaysia.