PDC Dan SP Setia Bekerjasama Majukan Taman Perindustrian, GDV Serendah RM1.2 Bilion

a82d3a53c474b4ec532efc8a3de53e6567c5be489d2fe Kredit: Erma Idayu 1e5e0a43ca80298044bcc12a9468fb8a67c5be37897c6 Kredit: Erma Idayu

GEORGE TOWN, 3 Mac (Iteenews) — Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menjalinusaha sama dengan SP Setia Bhd bagi memajukan sebuah taman perindustrian di Bandar Setia Fontaines, Bertam di Kepala Batas,dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.2 bilion hingga RM1.6 bilion.

Ketua Pegawai Operasi SP Setia Datuk Zaini Yusoff berkata pembangunan taman perindustrian industri ringan dan sederhana berkeluasan kira-kira 130 hektar dijangka dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Beliau berkata kerjasama itu diharap memberi manfaat kepada penduduk Pulau Pinang selain memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Kita akan utamakan konsep industri itu dan akan tekankan kepada pelaksanaan Pelan Strategik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)supaya (dapat) menjadi kawasan industri terbaik di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian kerjasamaantara PDC dan SP Setia disini hari ini.

PDC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aziz Bakar manakala SP Setia diwakili Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Choong Kai Wai serta Zaini selain disaksikan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Zaini berkata taman perindustrian itu dibina dalam Bandar Setia Fontaines yang berkeluasan kira-kira 684 hektar danmerangkumi pembangunan bercampur-campur iaitu perumahan, bangunan komersial, peruncitan, taman, landskap hijau, institusi pendidikan, infrastruktur rekreasi dan sosial.

"Kerjasama dengan PDC hanya untuk taman perindustrian dan kitatidak tunggu lama untuk membangunkannya dengan nilai GDV itu,”katanya.

Sementara itu, Chow yang juga Pengerusi PDC berkata pembangunan itu bertujuan mengimbangi kepesatan pembangunan industri di Bertam dengan pembangunan hartanah yang lebih hijau serta mampan.

"Kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama SP Setia dengan PDC untuk memajukan sebuah taman industri bernilai tinggi dan mematuhi prinsip ESG sebagai satu tapak industri yang moden dengan pengurusan yang baik yang dapat menarik pelaburan yang bernilai tinggi.