Kredit : Sarawak Multimedia Authority (SMA)
Kredit : Sarawak Multimedia Authority (SMA)
Kredit : Sarawak Multimedia Authority (SMA)
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Iteenews) — Kerajaan Sarawak melancarkan Pavilion Sarawak diMWC Barcelona 2025, satu pencapaian penting dalam perjalanan negeri itu menjadi peneraju serantau dalam transformasi digital, teknologi pintar dan pembangunan mampan.
Dalam satu kenyataan hari ini,Sarawak Multimedia Authority (SMA) berkata pavilion itu akan berfungsi sebagai gerbang bagi menarik pelabur global, peneraju teknologi dan perniagaan untuk meneroka peluang yang lebih luas di Sarawak.
“Penyertaan kerajaan Sarawak di MWC Barcelona 2025 bertujuanmenarik minat daripada pemimpin industri, pelabur, dan pakar teknologi yang ingin meneroka potensi kerjasama,” kata kenyataan itu.
Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Datuk Amar Douglas Uggah Embasmenekankan komitmen Sarawak untuk membina ekonomi digital yang berkembang pesat, mengembangkan inisiatif tenaga boleh baharu, dan memupuk kerjasama industri untuk memacu pertumbuhan ekonomi.
“Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030, Sarawak sedang mempercepatkan transformasi digitalnya, memanfaatkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), 5G, pengkomputeran awan, dan Internet Pelbagai Benda(IoT) untuk mewujudkan peluang perniagaan baharu dan meningkatkan kesejahteraan komuniti kami.
“Pavilion Sarawak di MWC Barcelona menunjukkan kesediaan kami untuk berkerjasama, berinovasi, dan berkembang bersama rakan kerjasamaglobal,” katanya.
Sementara itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi SarawakDatuk Seri Julaihi Narawi berkata Sarawaksedang memperluas penglibatannya melalui sesi padanan perniagaan, peluang rangkaian, dan perbincangan peringkat tinggi untuk mengukuhkan kerjasamadengan pemimpin teknologi global, pelabur, dan pakar industri.
"Inisiatif-inisiatif ini akan membolehkan Sarawak memanfaatkan kepakaran global, meneroka penyelesaian inovatif, dan memupuk kerjasama yang memberi impak untuk memacu pertumbuhan digital dan ekonomi yang mampan.
"Melalui penglibatan ini, Sarawak berhasratuntuk menimbakepakaran global, meneroka penyelesaian terkini, dan membina kerjasama yang bermakna untuk memacu pertumbuhan digital dan ekonomi jangka panjang untuk negeri ini,” katanya.