Pasaran Modal Penting Dalam Peralihan dan Penyesuaian Iklim – SC

8445bc7bc747b3f36cd563cc2747a9215f05bd9b08665Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Iteenews) –Pasaran modal boleh menjadi pemangkin utama peralihan dalamperalihan dan penyesuaianiklim dengan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama seperti tenaga boleh baharu (TBB), teknologi hijau dan pertanian mampan, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)Datuk Mohammad Faiz Azmi.

Beliau berkata Malaysia mempunyai salah satu pasaran bon terbesar di rantau ini yang mampu memenuhi keperluan ini dan pada masa sama turut menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha kemampanan mereka.

Iamemastikan PKS boleh mengakses pembiayaan dan sumber yang diperlukan untuk berkembang maju dalam ekonomi rendah karbon.

“Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) dikeluarkan SC diperkenalkan pada 2022 merupakan salah satu taksonomi pertama di seluruh dunia merangkumi komponen sosial sertameningkatkan komitmen SC ke arah pendekatan yang lebih holistik terhadap pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata semasa menyampaikan ucaptamadi Sidang Kemuncak Tadbir Urus Iklim Kebangsaan 2024.

Mohammad Faiz berkatapasaran modal memainkan peranan penting dalam memupuk daya tahan ekonomi dan menyediakan modal untuk inisiatif penyesuaian iklim.

“Padakebiasaannya,ini tanggungjawab kerajaan tetapi pasaran swasta memainkan peranan menggunakan gabungan kewangan gabungan dan peralatanlain untuk menjadikan sesetengah projek ini boleh meraih keuntungan,” katanya.

Memetik titahSultanPerakSultan Nazrin Muizzuddin Shah pada meja bulat SC – Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) di Oxford, United Kingdom baru-baru ini, Mohammad Faiz berkata perniagaan mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada cabaran global.

“Mereka mesti bertanggungjawab terhadap kesan yang lebih luas terhadap dunia di sekeliling merekaterhadap pemegang kepentingan mereka serta pemegang saham, tidak lagi dapat mengetepikan ini sebagai di luar fungsi utama mengaut keuntungan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *